dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Felcra Sungai Ara, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Kreativiti - Paint

6 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 05 Januari 2018 telah diadakan satu Kelas Kreativiti: Paint. Kelas kreativiti ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Kelas kreativiti ini telah bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Tujuan kelas kreativiti ini diadakan adalah untuk memupuk bakat dan juga meningkatkan lagi daya kreativiti dalam kalangan ahli-ahli Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Di dalam kelas kreativiti ini, mereka telah diberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara untuk menggunakan paint ini.

Mereka boleh menggunakan paint ini untuk kegunaan aktiviti melukis dan juga mewarna. Pelbagai ciri yang terdapat di dalam paint ini antaranya ianya boleh memasukan warna, melukis bentuk, membuat tulisan dan juga boleh membuat logo. Di dalam kelas kali ini, mereka di minta untuk melukis dengan menggunakan tema bebas yang mereka pilih. Mereka boleh merujuk video tutorial daripada youtube untuk memudahkan mereka membuat latihan tersebut. Mereka diberi masa hampir 2 jam untuk menyiapkan latihan mereka itu. Dengan adanya kelas kreativiti ini, mereka dapat meningkatkan lagi bakat mereka dalam menghasilkan sesuatu seperti lukisan dengan hanya menggunakan paint.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.